Monday, 3 June 2013

CERITA TELADAN

        Asiah ialah seorang murid tahun tiga yang sentiasa gagal dalam pelajarannya.  Pada suatu hari, dia  ternampak seekor labah-labah membuat sarang di ranting pokok.  Dia telah merosakkan sarang labah-labah itu dengan sebatang kayu. 

        Pada keesokan harinya, Asiah terkejut apabila melihat labah-labah itu telah siap membuat sebuah sarang labah-labah yang baharu.  Dia membaling seketul batu ke arah sarang itu.  Pada sebelah petang, dia ternampak sebuah sarang yang baharu telah siap dibuat di tempat yang sama.

        Asiah berasa bersalah dan kagum dengan kegigihan dan kesabaran labah-labah.  Dia menceritakan kejadian ini kepada ibunya.  Ibu Asiah menasihatinya supaya berusaha seperti labah-labah itu.

        Selepas itu, Asiah berazam mencontohi sikap labah-labah yang tetap bersabat dan terus berusaha sungguhpun telah beberapa kali mengalami kegagalan.  Akhirnya, Asiah juga berjaya dalam pelajaran.


PENGAJARAN:

Apabila gagal, kita janganlah cepat berputus asa, berusahalah sehingga berjaya.


PERIBAHASA:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

PERIBAHASA:

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.



No comments:

Post a Comment