Thursday, 30 May 2013

LATIHAN CUTI SEKOLAH

Kisah dan teladan

Baca. Kemudian, senaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan.


     Razak miskin tetapi putih hatinya.  Ayahnya meninggal dunia semasa dia kecil lagi.  Ibunya pula tidak bekerja.

     Jadi, anak yatim dan anak tunggal inilah yang mencari rezeki membanting tulang.  Dia mengikut nelayan turun ke laut.  Kepah yang diperoleh diberikan kepada ibunya.

     Razak memang ringan tulang dan tutur katanya amat sopan.  Sifatnya itu menyebabkab dia digemari orang ramai.

     Razak buta huruf.  Tetapi berkat keinginan hendak belajar akhirnya dia dapat membaca.  

     Ketabahan dan kegigihan akhirnya membawa dia ke menara gading.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Pilih maksud simpulan bahasa di bawah.

1.   Seorang sahaja dan tiada adik beradik lain.

2.   tiada ibu atau ayah lagi.

3.   seorang yang rajin.

4.   tidak mengenal huruf atau tidak tahu membaca.

5.   mati atau tidak bernyawa lagi.

6.   bekerja keras untuk menyara hidup.

7.   pusat pengajian tinggi atau universiti.

8.   seorang yang baik pekerti dan sifatnya.

No comments:

Post a Comment