Tuesday, 28 May 2013

LATIHAN CUTI SEKOLAH

Mari membaca bersama-sama.

Bacaan 1

       Leela memelihara seekor kucing.  Nama kucing Leela ialah Si Comel.  Si Comel suka  minum susu.  Tiap-tiap pagi dan petang, Leela memberi kucingnya minum susu.  Pada waktu petang, Leela membawa Si Comel bersiar-siar.  Si Comel tidur di dalam kotak.

Tandakan:

( / )      :    bacaan lancar

( x )     :    bacaan kurang lancar. Cuba lagi.


Bacaan 2

Ini burung kakak tua Najib.  Nama burung kakak tua Najib ialah Kiko.  Bulu Kiko cantik dan berwarna-warni.  Kiko tinggal di dalam sangkar.  Kiko sangat pandai bercakap dan menyanyi.  Najib sayang Kiko.

Tandakan:

( / )      :    bacaan lancar

( x )     :    bacaan kurang lancar. Cuba lagi.

No comments:

Post a Comment