BACA PETIKAN . PILIH JAWAPAN YANG BETUL.
Setiap orang mempunyai hobinya sendiri. Hobi ialah sesuatu kegiatan atau perkara yang dibuat pada masa lapang.
Hobi saya ialah membaca buku. Saya suka membaca buku cerita, majalah dan surat khabar. Bahan -bahan bacaan ini senang dicari. Kita dapat meminjamnya daripada kawan-kawan atau perpustakaan.
Saya menyukai hobi ini kerana membaca dapat mengisi masa lapang. Dengan membaca juga saya dapat membaiki bahasa. Saya juga akan tahu pelbagai perkataan baru. Saya mahu menjadi orang yang berilmu. Dengan membaca surat khabar kita dapat mengetahui hal-ehwal dalam dan luar negara.
Mulai hari ini marilah kita rajin membaca. Membaca memberi banyak faedah kepada kita.
1. Apakah hobi saya?
A. Membaca buku
B. Bermain
C. Berkenalan
2. Saya suka membaca buku cerita, majalah, dan
A. komik
B. buku rujukan.
C. surat khabar
3. Mengapakah bahan-bahan bacaan ini senang dicari?
A. Membeli di kedai buku
B. Meminjam dari kawan dan perpustakaan
C. Terdapat di rumah
4. Mengapakah saya menyukai hobi membaca?
A. Untuk bersuka-suka
B. Mengisi masa lapang
C. Menyihatkan badan
5. Apakah faedah yang diperoleh daripada membaca?
A. Dapat melancong
B. Merehatkan fikiran
C. Menambah ilmu pengetahuan
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
No comments:
Post a Comment