LAGU PERTAMA
AZAM SUCI
Tersedarku dari lamunan
Sejarah pahit ku lupakan
Ku semaikan benih-benih harapan
Bersama sejuta impian
Dengan Azam dan Keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segala ketabahan
Berikanlah ku kekuatan dan keimanan
Ku mengharapkan kejayaan
Menanti di hadapan
Namun hakikat belum nyata
Harus berusaha
Suatu hari nanti pasti akan berjaya
Akan aku buktikan padamu Ayah Bonda
Di situ Kita lihat kebenaran hakikat
Impian menjadi nyata kata
telah di kota
Bukan khayalan dan bukan lakonan
Tapi itulah kenyataan
Kerana cita diiringi doa
Pasti aku akan berjaya
LAGU KEDUA
FIKIRKAN BOLEH
Jika ku fikirkan ku boleh
Ku hampir boleh melakukan
Jika ku fikirkan ragu-ragu
Usahaku tidak menentu
Jika ku fikirkan kekalahan
Ku hampiri kegagalan
Jika ku fikirkan kemenangan
Ku hampiri kejayaan
Akulah apa ku fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan ,
Fikirkan boleh
Percaya apa ku lakukan
Tabah apa ku usahakan
Bertindak atas kemampuan
Aku Boleh
Jika ku fikirkan ku boleh …..Aku boleh
LAGU KETIGA
TEMAN
SEJATI
SELAMA INI KU MENCARI-CARI
TEMAN YANG SEJATI BUAT MENEMANI PERJUANGAN SUCI
BERSYUKUR KINI PADAMU ILAHI TEMAN YANG DICARI
SELAMA INI TELAH KU TEMUI
DENGANNYA DISISI PERJUANGAN INI
SENANG DIHARUNGI BERTAMBAH MURNI
KASIH ILAHI
KEPADAMU ALLAH KUPANJATKAN DOA
AGAR BERKEKALAN KASIH SAYANG KITA
KEPADAMU TEMAN KUPOHON SOKONGAN
PENGORBANAN DAN PENGERTIAN
TELAH KUUNGKAPKAN
SEGALA-GALANYA
SEGALA-GALANYA
KEPADAMU ALLAH KUPOHON RESTU MU
AGAR KITA KEKAL BERSATU
KEPADAMU TEMAN TERUSKAN PERJUANGAN
PERNGORBANAN DAN KESETIAAN
TELAHKU UNGKAPKAN SEGALA-GALANYA
ITULAH TANDANYA
KEJUJURAN KITA
KEJUJURAN KITA
KU MENCARI-CARI TEMAN YANG SEJATI BUAT MENEMANI PERJUANGAN SUCI
No comments:
Post a Comment