Sunday, 26 May 2013

DIDIK HIBUR

Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur.  Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat  santai dan berhibur seperti permainan,  nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik dan terancang.

Ciri-ciri didik hibur.

Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

i)      Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan,  
        ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

ii)     Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.  Seperti yang  
        dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

iii)    Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan   
        tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

iv)    Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.  
        Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main 
        peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur.  Yang penting, arahan 
        guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik  
        penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

v)      Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan  
         kepelbagaian  
         cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan 
         serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.

vi)      Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya  
          melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. 

vii)     Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan 
          supaya wujud  semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

viii)    Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan 
          terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

ix)     Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan 
         terkawal. 

x)     Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.     

Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan didik hibur.

Guru :
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.  Sebagai guru, beberapa perkara  berikut perlu dipatuhi, iaitu :

i)      Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakutkan atau menggerunkan 
        murid.
ii)     Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
iii)    Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
iv)    Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
v)     Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
vi)    Guru boleh membuat pelbagai suara.
vii)   Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
viii)  Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
ix)    Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaiaan mendadak
x)     Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara berkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang,  Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

i)      Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
ii)     Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang  
        sama.
iii)    Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa 
        pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
iv)    Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid 
        tanpa ada banyak masalah atau halangan.
v)     Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
vi)    Sedia peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
vii)   Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka 
        yang menyertainya, serta boleh sertai seramai mungkin murid.

Penutup

Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan 'Fun Learning' yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran.


No comments:

Post a Comment