Baca. Kemudian, senaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan.
Razak miskin tetapi putih hatinya. Ayahnya meninggal dunia semasa dia kecil lagi. Ibunya pula tidak bekerja. Jadi, anak yatim dan anak tunggal inilah yang mencari rezeki membanting tulang. Dia mengikut nelayan turun ke laut. Kepah yang diperoleh diberikan kepada ibunya. Razak memang ringan tulang dan tutur katanya amat sopan. Sifatnya itu menyebabkab dia digemari orang ramai. Razak buta huruf. Tetapi berkat keinginan hendak belajar akhirnya dia dapat membaca. Ketabahan dan kegigihan akhirnya membawa dia ke menara gading. &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Pilih maksud simpulan bahasa di bawah. 1. Seorang sahaja dan tiada adik beradik lain. 2. tiada ibu atau ayah lagi. 3. seorang yang rajin. 4. tidak mengenal huruf atau tidak tahu membaca. 5. mati atau tidak bernyawa lagi. 6. bekerja keras untuk menyara hidup. 7. pusat pengajian tinggi atau universiti. 8. seorang yang baik pekerti dan sifatnya.
Cikgu berharap video ini memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan walaupun terpaksa melalui bermacam-macam dugaan. Sebagai murid yang baik berusaha untuk belajar dengan gigih ilmu dunia dan ilmu akhirat dan sentiasa berbakti kepada ayah dan ibu kita setiap masa.
Mari membaca bersama-sama. Bacaan 3 Ini sekolah Ismail. Nama sekolah Ismail ialah Sekolah Kebangsaan Teluk Permai. Sekolah Ismail letaknya di tepi sungai. Sekolah Ismail sangat besar dan bersih. Ismail belajar di kelas Tahun Satu Cempaka. Nama guru Ismail ialah Puan Zaleha. Ismail ada ramai kawan. Tandakan : ( / ) : bacaan lancar ( x ) : bacaan kurang lancar. Cuba lagi. Bacaan 4 Ini arnab Nabilah. Nama arnab Nabilah ialah Putih. Bulu Putih cantik dan berseri-seri. Putih suka makan lobak merah. Putih boleh melompat dengan jauh. Putih tidur di dalam sangkar. Tandakan : ( / ) : bacaan lancar ( x ) : bacaan kurang lancar. Cuba lagi. Bacaan 5 Pada hari Khamis lalu, Sekolah Kebangsaan Tun Perak mengadakan Hari Kanak-kanak. Murid-murid dan guru-guru berhimpun di dalam dewan. Guru Besar menyampaikan ucapan. Murid-murid Tahun Satu mempersembahkan tarian dan nyanyian. Semua guru dan murid berasa sangat gembira. Tandakan : ( / ) : bacaan lancar ( x ) : bacaan kurang lancar. Cuba lagi.
Mari membaca bersama-sama. Bacaan 1 Leela memelihara seekor kucing. Nama kucing Leela ialah Si Comel. Si Comel suka minum susu. Tiap-tiap pagi dan petang, Leela memberi kucingnya minum susu. Pada waktu petang, Leela membawa Si Comel bersiar-siar. Si Comel tidur di dalam kotak. Tandakan: ( / ) : bacaan lancar ( x ) : bacaan kurang lancar. Cuba lagi. Bacaan 2 Ini burung kakak tua Najib. Nama burung kakak tua Najib ialah Kiko. Bulu Kiko cantik dan berwarna-warni. Kiko tinggal di dalam sangkar. Kiko sangat pandai bercakap dan menyanyi. Najib sayang Kiko. Tandakan: ( / ) : bacaan lancar ( x ) : bacaan kurang lancar. Cuba lagi.
1. Ibu sedang buat apa? Ibu sedang menanam ..................................... 2. Buah apakah yang dipetik oleh ayah? Ayah memetik ........................................... 3. Di manakah Amin masukkan buah mangga? Amin masukkan buah mangga ke dalam ....................... 4. Mengapakah abang mencuci tangan? Abang mencuci tangan kerana ....................................
Hari ini hari.................................. Ayah membawa kami sekeluarga ke dusun. Dusun ayah dekat dengan sebatang ....................................... Di sana terdapat banyak pokok ...................................... Ada pokok .............................. , ........................... , ........................................ , dan rambutan.
Saya suka makan durian. Ayah membelah durian dengan .......................... Kami makan durian di ............................. sungai.
Selepas makan, saya .................................... air sungai. Pada pukul 5.00 .........................., kami pun bertolak pulang ke rumah. Kami berasa sungguh seronok.
1. Saya buah ___________________ Warna kulit saya ______________ Isi saya _________________ Rasa saya enak. merah tembikai hijau 2. Rasa saya manis. Kulit saya __________________ Isi saya ____________________ Saya buah __________________ betik jingga biji 3. Saya buah _________________ Badan saya ____________________ Saya banyak __________________ Rasa saya lazat. pisang digoreng kuning 4. Rasa saya manis. Warna saya _____________________ Saya boleh _____________________ Saya buah ______________________ Tahniah. Bolehkah kamu melukis gambar buah-buahan di atas?
Pembentukan
Interaksi yang Berkesan dalam Bilik Darjah
Amalkan Sikap
Kepimpinan Demokratik
Guru mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat,
mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Suasana ini
menggalakkan murid-murid mudah untuk berdamping dengan guru, tidak segan untuk
bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.
Mengelolakan Banyak
Aktiviti Kumpulan
Menggalakkan murid-murid berinteraksi antara satu sama lain. Contoh
aktiviti secara berkumpulan ialah aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan,
lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.
Menggunakan Teknik Menyoal
Teknik ini digunakan untuk mendapatkan tindak balas daripada murid dan
mencungkil pendapat murid.
Menggunakan Percakapan yang
Sesuai Selain menggunakan teknik menyoal untuk
mendapatkan tindak balas murid-murid, cara percakapan yang digunakan oleh guru
juga mempengaruhi murid-murid untuk bertindak balas semasa interaksi antara
guru dan murid. Contohnya guru memberi pujian dan meneriman pendapat
murid-murid dengan hati yang terbuka,
Menggunakan Strategi
Berpusatkan Murid
Guru memaksimumkan kaedah yang melibatkan strategi berpusatkan murid. contohnya
kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah. Apabila murid melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi di antara murid akan
dibentuk secara tidak langsung.
Menggunakan Banyak Alat Bantu Mengajar
Alat bantu mengajar atau yang dikenali sekarang sebagai alat bantu belajar
biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid untuk belajar. Apabila
murid-murid tertarik dengan alat yang disediakan, murid-murid bertambah
semangat untuk mempelajari pelajaran yang diajar dan beruasaha melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Mewujudkan Suasana Interaksi yang Kondusif dalam Bilik Darjah
Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah boleh diwujudkan dengan
menyusunkan keadaan fizikalnya. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat
duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan mereka.
Membantu Murid yang Bermasalah
Apabila terdapat murid yang bermasalah seperti pendiam, pemalu atau penakut,
guru perlu membantu murid tersebut dengan mengadakan sesi kaunseling dan
menggalakkan murid tersebut untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu mendorong murid-murid yang lain untuk
menerima murid-murid yang bermasalah dan menyingkirkan mereka. Cara ini dapat
melibatkan lebih ramai murid berinteraksi antara satu sama lain secara tidak
langsung.
Didik hiburbermaksud mendidik sambil berhibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik dan terancang.
Ciri-ciri didik hibur. Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut: i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p. vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal. x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan didik hibur. Guru :
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu :
i) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakutkan atau menggerunkan murid. ii) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. vi) Guru boleh membuat pelbagai suara. vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik. viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaiaan mendadak x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.
Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara berkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang, Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu: i) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar. ii) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama. iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel. iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan. v) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. vi) Sedia peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid. vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh sertai seramai mungkin murid.
Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan 'Fun Learning' yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran.
Setiap orang mempunyai hobinya sendiri. Hobi ialah sesuatu kegiatan atau perkara yang dibuat pada masa lapang. Hobi saya ialah membaca buku. Saya suka membaca buku cerita, majalah dan surat khabar. Bahan -bahan bacaan ini senang dicari. Kita dapat meminjamnya daripada kawan-kawan atau perpustakaan. Saya menyukai hobi ini kerana membaca dapat mengisi masa lapang. Dengan membaca juga saya dapat membaiki bahasa. Saya juga akan tahu pelbagai perkataan baru. Saya mahu menjadi orang yang berilmu. Dengan membaca surat khabar kita dapat mengetahui hal-ehwal dalam dan luar negara. Mulai hari ini marilah kita rajin membaca. Membaca memberi banyak faedah kepada kita. 1. Apakah hobi saya? A. Membaca buku B. Bermain C. Berkenalan 2. Saya suka membaca buku cerita, majalah, dan A. komik B. buku rujukan. C. surat khabar 3. Mengapakah bahan-bahan bacaan ini senang dicari? A. Membeli di kedai buku B. Meminjam dari kawan dan perpustakaan C. Terdapat di rumah 4. Mengapakah saya menyukai hobi membaca? A. Untuk bersuka-suka B. Mengisi masa lapang C. Menyihatkan badan 5. Apakah faedah yang diperoleh daripada membaca? A. Dapat melancong B. Merehatkan fikiran C. Menambah ilmu pengetahuan &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Beg sekolah saya Ini beg sekolah saya. Saya menyimpan buku di dalam beg ini. Di dalam beg sekolah saya ada kotak pensel. Saya letakkan pensel , pemadam , pembaris , gam , gunting dan pengasahpensel di dalam kotak pensel itu. Jaga kebersihan Amirah hendak makan nasi. Dia basuh tangan dengan air dan sabun. Dia makan dengan menggunakan tangan kanan. Amirah sudah selesai makan. Dia basuh tangan dan mulut. Dia lap tangan dengan saputangan. Selepas itu, Amirah kesat meja. Dia kesat meja dengan kain. Dia sapu sampah dengan penyapu. Suzana Nama saya Suzana binti Salim. Umur saya tujuh tahun. Saya tinggal di TamanHutanMelintang. Saya bersekolah di SekolahKebangsaanSimpangEmpat. Saya belajar di kelas Tahun Satu Cempaka. Hobi saya membaca buku. Saya bercita-cita menjadi guru.