Sunday, 24 March 2013

DISLEKSIA

Semua guru mestilah memahami tentang disleksia supaya dapat membantu mereka terus maju dalam pembelajaran  dan meneruskan kehidupan dengan ceria.
Perkataan Disleksia berasal daripada dua perkataan Greek/Yunani dys yang bermaksud kesukaran/kesusahan dan lexis yang bermaksud bahsa atau pertuturan.  Jika digabungkan, ia membawa maksud kesukaran atau kesusahan dalam bahasa.  Secara literalnya, dyslexia bermaksud kesukaran dalam bahasa.

In 1887, the word "dyslexia" was coined by Berlin, a German doctor, from 2 Greek words :Dys (difficulty ) and Lexia ( the use of words).

Definisi oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
Murid-murid disleksia ialah murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang mempunyai kecerdasan mental yang se aras atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Definisi oleh Persatuan Disleksia Malaysia.
Dyslexia ia a reading difficulty in a child or adult who othewise has good intelligence, strong motivation and adequate schooling...... Dyslexia reflects a problem within the language system in the brain" (Shawitz,2003)

Definisi oleh World Federation of Neurology pada tahun 1986

"a disorder manifested by difficulty in learning of read despite conventional instruction, adequate intelligence and sociocultural opportunity".

Disleksia ialah satu kecelaruan pada kanak-kanak di mana meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja ya g selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

SUMBER
Persatuan Disleksia Malaysia
Buku Pengantar Pendidikan Khas
Buku Apa itu Disleksia




Saturday, 23 March 2013

GURU MALAYSIA

TERIMA KASIH CIKGU.

"Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan".  Guru yang baik ibarat lilin yang membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru.  Kesungguhan guru telah meletakkan kedudukannya di tempat yang tinggi kerana mengajar ilmu itu satu sedekah dan sedekah itu satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak.  Guru sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah.